25/06/2013

8 FAKTA mengenai SUSAH HATI

Berikut adalah fakta-kakta mengenai susah hati:-
8 FAKTA mengenai SUSAH HATI
1) Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.

2) Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?

20/06/2013

PUASA Sunat Nisfu Syaaban-Antara Sunnah & Bidaah

PUASA Sunat Nisfu Syaaban-Antara Sunnah & Bidaah

Puasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Wajib:
i. Fardhu Ramadhan
ii. Nazar & Kaffarah

2. Sunat:

i. Tak berMusim:

18/06/2013

5 TIPS untuk SUAMI dan yang BAKAL bergelar SUAMI

ISTERI adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantik tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

5 TIPS untuk SUAMI dan yang BAKAL bergelar SUAMI

Berikut adalah tips untuk suami atau yang bakal bergelar suami:

17/06/2013

Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN

Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

16/06/2013

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT

Tags
Mari kita mengkaji RAHSIA di sebalik SOLAT kita yang kita lakukan 5 kali sehari...

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT
1) Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

14/06/2013

KEBESARAN ALLAH-Masjid yang selamat dari Tsunami di Aceh

Subhanallah. imbas kembali peristiwa pada 26 Disember 2004, apabila tsunami melanda Acheh. Hanya masjid ni yang tinggal yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah.

KEBESARAN ALLAH-Masjid yang selamat dari Tsunami di Aceh

13/06/2013

MESTI BACA-Keajaiban Al-Quran

Tags
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

MESTI BACA-Keajaiban Al-Quran

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

  • DUNIA: 115 kali
  • AKHIRAT: 115 kali
  • MALAIKAT: 88 kali

12/06/2013

5 TIPS memilih SAHABAT

Berikut adalah 5 tips memilih sabahat:-

5 TIPS memilih SAHABAT

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

10 TIPS untuk meraih CINTA ALLAH SWT

Berikut adalah 10 tips untuk meraih cinta Allah swt.

10 TIPS untuk meraih CINTA ALLAH SWT
1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.

11/06/2013

Selamatkan BAYI ini YA ALLAH

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ya Allah, Engkau berilah kesembuhan kepada anak kecil ini, berilah kesihatan yang cukup kepada anak kecil ini untuk meneruskan kehidupannya, murahkanlah rezekinya dan keluarganya dan berilah kekuatan kepada anak kecil ini dan keluarganya untuk meneruskan hari-hari yang mendatang."


Selamatkan BAYI ini YA ALLAH

10/06/2013

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya.

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT
Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

09/06/2013

6 AMALAN agar SOLAT jadi MANIS

Tags

Solat akan manis apabila:

1-Kosongkan hati dari sesuatu hal keduniaan.

2-Memahami makna bacaan dalam solat.

6 AMALAN agar SOLAT jadi MANIS

3-Merasa kebesaran dan keagungan Allah.

07/06/2013

PENGORBANAN SEORANG DOKTOR-baca dan ambil iktibar

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

PENGORBANAN SEORANG DOKTOR-baca dan ambil iktibar
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit: “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Rasulullah suruh kita pelihara LIDAH dan TANGAN kamu

Rasulullah saw pernah memberitahu Uqbah bin Amir bahawa mereka yang berjaya ke syurga iaah mereka yang berjaya menahan lidahnya daripada melakukan maksiat.  Malah Baginda menjamin syurga bagi sesiapa yamg memelihara lidah dan kemaluannya.

Rasulullah suruh kita pelihara LIDAH dan TANGAN kamu
Manakala tangan pula adalah aset berharga bagi manusia.  Allah berfirman yang bermaksud: "Kemusnahan telah berlaku di darata dan lautan disebabkan perbuata yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia." (Surah al-Rum 30:41).  Jelas, akibat tangan, berlakunya tanah runtuh, banjir dan pencemaran di daratan dan lautan.

06/06/2013

3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN

Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.
3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN
TIPS 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:

05/06/2013

MESTI BACA-Peristiwa ISRAK MIKRAJ

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

 MESTI BACA-Peristiwa ISRAK MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.

Kenapa pasangan BERZINA

Ya, hampir setiap hari kita dengar tentang kes pembuangan bayi. Kenapa jenayah ini berlaku? Sudah tentu akibat daripada jenayah zina.
 
Kenapa pasangan BERZINA
Kenapa Berzina?

Setiap manusia dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang). Naluri ini memerlukan pemuasan. Apa yang dapat dilihat di sini, ramai di antara kita memilih jalan zina untuk memenuhi naluri ini. Mereka tidak tahan...

04/06/2013

YA HANA NA-Betapa Beruntungnya Kami

Ya hana na

YA HANA NA-Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد


dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH

Terdapat perbezaan di antara istilah yang kita gunakan.  Seorang perempuan tidak semestinya muslimah, tetapi seorang muslimah adalah tetap seorang perempuan.


PEREMPUAN
 
PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya ..
Apabila teruna mendekati selangkah,Perempuan datang berpuluh langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya ..

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah .. 

MUSLIMAH

PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan ..

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis ..

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana ..

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemar.

Wallahu'aklam. (PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH).

02/06/2013

10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH
Berikut adalah perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

01/06/2013

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Paksi kekuatan Ummah

Sebagai umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana struktur kepimpinan di Negara kita berada dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik dari sesetengah Negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya dalam keadaan huru-hara. Sistem pemerintahan Raja berperlembagaan yang menjadi paksi kepada kekuatan dan perpaduan ummah telah sebati di kalangan rakyat di Negara ini. Raja berperlembagaan adalah menjadi lambang sebuah Negara yang berdaulat, bebas dan merdeka serta merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di Negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Paksi kekuatan Ummah
Pemilihan dan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong terletak pada kuasa Majlis Raja-Raja yang telah ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Justeru pemilihan Baginda sebagai ketua Negara dan agama menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan Baginda Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan Negeri, Agama Islam, adil dan aman. Sebagai Ketua Negara Baginda hendaklah melaksanakan pemerintahan dengan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa memandang kepada status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan.