16/09/2013

Berdoa hindar qadar sesuatu bala

Doa berfungsi sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah SWT. Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana Allah tidak akan mempersia-siakan permohonan mereka.

Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” (Riwayat Tirmizi).


Berdoa hindar qadar sesuatu bala
Sabda Baginda lagi: “Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturahim.” (Riwayat al-Bukhari).

Allah tidak menzalimi manusia

Semuanya menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia, malah sebaliknya manusia diberi kebebasan menentukan jalan hidupnya sendiri.

101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat

Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita wajib menutup aurat.

Firman Allah swt :

101 Sebab Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya (Al-Baqarah 286).
  1.         Menjalankan syi’ar Islam.
  2.         Berniat untuk ibadah.
  3.         Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4.         Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5.         Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6.         Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
  7.         Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8.         Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.

15 Kebaikan Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?


15 Kebaikan Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya:

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?