31/01/2014

Tsunami di Thailand-Di sebalik peristiwa tsunami 2004

Apa itu Tsunami
Tsunami di ThailandPada 26 Disember 2004, dunia telah dikejutkan dengan satu peristiwa besar iaitu Tsunami yang telah meragut nyawa ramai manusia sekaligus membawa kemusnahan yang amat luar biasa.Tsunami merupakan ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami mempunyai pergerakan yang sangat pantas, mempunyai ketinggian yang luar biasa dan boleh dikatakan juga sebagai ombak raksasa. Tsunami jarang dirasakan di lautan dalam kerana telah ditutupi oleh keluasan lautan tersebut. Pergerakan tsunami yang sangat cepat iaitu 500 ke 1000 kilometer boleh membawa kemusnahan yang sangat dahsyat sehingga mampu memusnahkan kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya dari laut. Di antara penyebab berlakunya tsunami termasuklah akibat perpindahan sejumlah besar air akibat letusan gunung berapi, gempa bumi, longsor ataupun meteor yang jatuh ke bumi. namun begitu, 90% tsunami berlaku adalah akibat gempa bumi bawah laut. Gerakan vertikal pada kerak bumi mengakibatkan dasar laut naik atau turun secara tiba-tiba sehingga menyebabkan gangguan keseimbangan air. hal ini menyebabkan berlakunya aliran tenaga sehingga menyebabkan berlakunya gelombang besar ketika sampai di pantai atau dikenali juga sebagai tsunami.

30/01/2014

MULIANYA NABI SAW

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu SAW pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat.


MULIANYA NABI SAW
Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja".

GANJARAN WANITA SOLEHAH...

Beruntungnya menjadi wanita solehah. Berikut 31 ganjarannya:

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.


GANJARAN WANITA SOLEHAH
3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

MASYAALLAH-Kisah Dajjal Dalam Hadis

Dari An-Nawwas bin Sam’an , dia berkata: Rasulullahﷺ menyebut-nyebut perihal Dajjal pada suatu pagi. Beliau ﷺ menjelaskan Dajjal, kadang-kadang suaranya direndahkan dan kadang-kadang suaranya dikeraskan sehingga kami mengira seolah-olah Dajjal itu sudah ada di tengah-tengah pohon kurma. Maka ketika kami mendatangi tempatnya, beliau bersabda sepertinya telah mengetahui apa yang bergolak dalam perasaan kami, lalu bersabda: “Ada persoalan apa dengan kalian ini?”


Kisah Dajjal Dalam Hadis
Kami menjawab: “Ya Rasulullah, engkau menyebut-nyebut Dajjal pada suatu pagi, engkau merendahkan dan mengeraskan suara sehingga kami mengira bahawa ia sudah ada di tengah pohon kurma.”

Beliau bersabda: “Bukan Dajjal yang paling aku takutkan menimpa diri kalian. Jika ia keluar dan aku masih ada di tengah kalian, maka akulah yang akan mematahkan hujjahnya untuk melindungi kalian. Dan jika ia keluar dan aku tidak ada di tengah kalian, maka setiap orang menjadi pelindung dirinya sendiri dan Allah adalah penggantiku dalam melindungi setiap orang Muslim.

29/01/2014

SUBHANALLAH-Kisah Taubat Wanita Penzina Pada Zaman Rasulullah saw

SUBHANALLAH-Kisah Taubat Wanita Penzina Pada Zaman Rasulullah saw
Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia.


SUBHANALLAH-Kisah Taubat Wanita Penzina Pada Zaman Rasulullah saw
Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengelilingi beliau. Beliau mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Majlis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi .

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .

Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

SUBHANALLAH-Kisah pelajar UIA mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W!

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W | Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


Kisah pelajar UIA mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W!
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

RENUNG2KANLAH-Di mana letaknya maruah kita?

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.


RENUNG2KANLAH-Di mana letaknya maruah kita
Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

MASYAALLAH-APA NAK JADI-2 beradik terlampau, khalwat dengan 5 lelaki

Tags
KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.


2 beradik terlampau, khalwat dengan 5 lelaki
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

16/01/2014

BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Ketahui 6 sebab betapa beruntuknya perempuan mempunyai rahim:

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7  sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
 

BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

HUKUM MEMAKAI SHEMAGH

Mungkin ramai di antara kita masih belum tahu apakah hukum memakai shemagh (gambar). Hukumnya adalah sunnah dan ia adalah sama dengan serban. Ini adalah hadis fadilat berserban/ memakai shemagh:


HUKUM MEMAKAI SHEMAGHDari Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

“Dua rakaat solat dengan berserban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban”.

(Riwayat ad-Dailami, dinilai Daif oleh Imam as-Suyuti)

Dari Rukanah bin Abd Yazid al-Hasyimi r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Perbezaan antara kita dan orang-orang Musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah”.

(Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan al-Baihaqi, dinilai Daif oleh Imam as-Suyuti)

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

“Melakukan solat sunat atau fardhu dengan memakai serban adalah menyamai pahalanya dua puluh lima darjat tanpa serban. Solat Jumaat tanpa serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban”.