28/02/2014

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

KEUTAMAAN HARI JUMAAT Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, di antaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

27/02/2014

Adakah Muslim Itu Terrorist?

Soalan:

Adakah Islam itu layak digelar sebagai ‘agama yang aman’ sedangkan Islam ini disebarkan dengan pedang(peperangan)?


Adakah Muslim Itu Terrorist
Jawapan:

Menjadi suatu kebiasaan untuk orang non-Muslim melemparkan pendapat bahawa Islam itu mustahil mendapat jutaan pengikut melainkan ianya disebarkan dengan cara peperangan. Berikut adalah jawapan yang mampu membantah pendapat tersebut.


(1) Islam bermaksud ‘aman’.

Islam itu berasal daripada perkataan ‘Salam’ yang bermaksud aman. Islam juga bermaksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Maka, Islam itu adalah agama yang aman, dengan menyembahkan diri kepada Allah s.w.t.

02/02/2014

ETIKA PENTING DALAM BERDOA

Tahukah anda apa erti doa yang sebenarnya? Doa merupakan permohonan atau pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikkan daripada Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikkan diri, keluarga, sahabat serta sesama umat Islam. Yang sebenarnya setiap daripada kita mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing dan salah satu cara untuk mendapat semua itu adalah dengan memohon doa kepada Allah SWT supaya hajat itu dimakbulkan-NYA. Namun anda perlu tahu beberapa etika untuk berdoa agar setiap doa yang dipanjatkan itu lebih diberkati. Jom baca!


ETIKA PENTING DALAM BERDOA
Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.

CIRI-CIRI ANAK SOLEH

Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau nak tahu, jom kita lihat…

1. Mentaati kedua ibu bapa

Sentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam.

CIRI-CIRI ANAK SOLEH
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yangbermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainDIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengansebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumurlanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepadakeduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlahkepada mereka ucapan yang mulia .

2. Tingkah laku dan akhlak dipelihara