29/06/2014

ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?

Tags
Soalan: Saya seorang lelaki yang sudah lanjut usia tetapi kesihatan saya baik, Alhamdulillah. Saya mampu untuk berpuasa. Tetapi masalahnya tekak saya selalu berkahak. Adakah batal puasa saya sekiranya seya tertelan kahak? Sebab saya akan merasa sakit kalau saya mengeluarkannya.

Jawapan:

Firman Allah: " Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang termampu olehnya." (Surah al-Baqarah: 286).

Firman-Nya lagi: "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Surah al-Baqarah: 185).

Kahak adalah sesuatu yang berada dalam tubuh dan dalam kawasan tubuh. Justeru, ia bukan di bawah kawalan dan ikhtiar manusia.

Mengikut pendapat yang rajih dalam mazhab Syafii, menelan kahak yang datang dari atas anak tekak dikira membatalkan puasa. Namun jikalau menelan kahak yang datang daripada dada tidak batal puasanya.

ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?

Wallauaklam.

Sumber: Al-Ustaz No. 26: 14. (ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?).

15/06/2014

LIMA PESAN RASULULLAH SAW YANG HARUS DIINGAT

Marilah kita bersama-sama untuk ingat-mengingati pesan Rasulullah SAW.

Lima pesan Rusulullah


Seperti gambar di atas, lima pesan Rusulullah SAW adalah seperti berikut:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara ialau:

1) Muda sebelum tua.

2) Sihat sebelum sakit.

3) Kaya sebelum miskin.

4) Lapang sebelum sibuk.

5) Hidup sebelum mati.

Semoga pesan Rasulullah SAW ini dapat kita amal dan sampaikan.  Semoga juga kita dapat ingat-mengingati, mana yang baik kita ikut, mana yang tak elok kita hindar.  Itulah konsep seorang Muslim.

Wallahu'aklam.

Sumber: GenQ 01-57 (LIMA PESAN RASULULLAH SAW YANG HARUS DIINGAT).

13/06/2014

9 sifat MAZMUMAH atau TERCELA

Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian.

9 sifat MAZMUMAH atau TERCELA

9 sifat mazmumah atau tercela adalah seperti berikut:
  1. Gemar makan dan minum- sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan inadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
  2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)- bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
  3. Marah- Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oelh pengaruh syaitan.
  4. Hasad, dengki dan iri hati- lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.
  5. Kasih para harta- tiasa salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.
  6. Takbur- antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kauat beribadat (menunjuk-nunjuk).
  7. Riyak- sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
  8. Ujub- sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
  9. Kasih akan dunia- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.
Semoga perkongsian ini dapat kita jadikan pedoman untuk menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa di dunia dan akhirat, In Shaa Allah.

SUMBER: GenQ 01-63 (9 sifat MAZMUMAH atau TERCELA).

10/06/2014

Hindari SIFAT TAKBUR

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. “Seorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian cantik dan kasutnya cantik. Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan, takbur (sombong) itu menolak kebenaran dan menghina manusia.” -Riwayat: Muslim.

Hindari Sifat Takbur

Huraian Hadith:
  1. Takbur adalah dosa besar, orang yang takbur tidak akan masuk syurga selama-lamanya.
  2. Sifat sombong adalah di tegah oleh Islam. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut agar segala amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah.
  3. Sifat takbur adalah hak Allah Taala, bukan hak makhluk yang dijadikan oleh Allah.
  4. Manusia boleh memakai apa sahaja yang ia suka demi keselesaan dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, asalkan perkara-perkara tersebut tidak dengan niat bermegah-megah.
  5. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam suatu perkara, asalkan ia dilakukan mengikut batas-batas yang dibenarkan oleh syarak.
SUMBER: JAKIM (Hindari Sifat Takbur).

SUNAT Menggunakan Anggota KANAN

Daripada Aishah RA katanya, “Bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara yang dibuatnya seperti ketika Baginda bersuci, menyikat rambut dan memakai seliparnya.” -Riwayat: Bukhari dan Muslim.
 
SUNAT Menggunakan Anggota KANAN

Huraian Hadith:
  1. Mendahulukan anggota kanan di dalam semua perbuatan yang baik seperti ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan lain-lain adalah mengikut sunah Rasulullah SAW.
  2. Bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dengan mendahulukan sebelah kanan hukumnya sunat.
SUMBER: JAKIM (SUNAT Menggunakan Anggota KANAN).

ISLAM Merupakan agama yang MUDAH

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Permudahkanlah (semua urusan dan jangan menyusahkannya. Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu menyebabkan orang lain menjauhkan diri.” -Riwayat: Bukhari dan Muslim.

islam merupakan agama yang mudah

Huraian Hadith:
  1. Islam adalah agama yang mudah dan senang di amalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah di jadikan sebagai suatu bebanan.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan berita-berita yang menggembirakan sebaliknya janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.
  3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh di terima dengan mudah dan redha.
  4. Adalah menjadi kewajipan orang-orang yang beriman memberi galakan dan dorongan kepada manusia untuk melakukan kebajikan, jangan berlaku kasar dan keras sama ada dengan perbuatan atau percakapan yang menyebabkan orang lain bosan dan benci seterusnya menjauhkan diri.
SUMBER: JAKIM (islam merupakan agama yang mudah).

Adab MINUM AIR Cara RASULULLAH

Daripada Anas RA, “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum”. (Sekali meneguk sekali bernafas di luar bekas minuman)- Riwayat: Bukhari dan Muslim.

adab minum air

 Huraian Hadith:
  1. Rasulullah SAW merupakan orang yang paling baik akhlaknya dan mulia budi pekertinya.
  2. Adalah sunat mengikut cara Rasulullah SAW ketika minum iaitu sekali meneguk air sekali bernafas di luar bekas.
SUMBER: JAKIM (adab minum air cara rasulullah).

08/06/2014

SELAWAT ke Atas NABI SAW Andai Kasihkan Rasulullah

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." - Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a.


SELAWAT ke Atas NABI SAW
Tempat dan waktu dianjurkan berselawat adalah:
  1. Sesudah laungan azan.
  2. Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  3. Dalam solat jenazah.
  4. Dalam takbir-takbir hari raya.
  5. Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
  6. Pada awal dan akhir bacaan doa.
  7. Pada malam dan siang hari Jumaat.
  8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut.
  9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w.
  10. Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.
Semoga apa yang kita kongsikan di sini dapat kita amalkan dan sampaikan kepada keluarga dan rakan-rakan kita yang lain, In Shaa Allah.

Wallahu'aklam.

Sumber: GenQ 01-49 (Selawat ke Atas Nabi saw Andai Kasihkan Rasulullah).

Sifat Mahmudah Melahirkan Insan Bertaqwa

Abadi hati dengan sifat  mahmudah, iaitu sifat yang terpuji kerana sifat mahmudah melahirkan insan bertaqwa.


Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:
  1. Taubat- keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
  2. Takut akan Allah s.w.t.- Melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
  3. Muhabbah- Mengasihi Allah dan Rasul melebihi yang lain. Ini akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerena mempertahankan Islam.
  4. Zuhud- Kehidupan Mukmin yang mengekangkan jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
  5. Sabar- Taat dan menjauhi maksiat.
  6. Syukur- atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya yang diberikan oleh Allah s.w.t.
  7. Ikhlas dan benar- mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
  8. Tawakal- penggantungan hanya pada Allah s.w.t. selepas berazam dan usaha.
  9. Reda dengan qadak Allah- baik atau buruk diterima dengan syukur dan sabar.
  10. Mengingati mati- Sepintar-pintar dan sebijak-bijak manusia adalah orang yang sentiasa ingat akan mati dan sentiasa bersedia menghadapinya.
Semoga apa yang kita kongsikan di sini mampu kita praktiskan untuk melahirkan sifat mahmudah pada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi dan seterusnya menjadikan kita insan yang bertaqwa.

Wallahu'aklam.

Sumber: GenQ 01:23 (Sifat Mahmudah Melahirkan Insan Bertaqwa).