28/04/2015

Puasa Sebelum Belum Diganti

Tags
Soalan: Assalamualaikum, puasa saya tahun lepas saya tak ganti lagi, takut tak sempatlah... Macam mana ya?

Jawapan:

Mengapa tidak sempat? Kita ada masa lebih kurang setahun atau 354 hari untuk mengganti puasa yang tertinggal. Jangan bertangguh, kerana syaitan sering menghasut dan melalaikan kita daripada mengganti puasa.

Jika betul-betul tidak mampu menggantikan puasa kerana keuzuran syari'i, maka mestilah membayar fidyah iaitu secupak makanan asasi (beras) bagi setiap hari yang tertinggal dan masih tetap perlu menggantikan puasa mengikut hari yang tertinggal pada tahun hadapan.

Boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing tentang pengiraan dan pembayaran fidyah.



Info tambahan:

Jika puasa belum diganti setelah tibanya Ramadhan, ada yang menyatakan bahawa akan diganti berganda. Namun, semua itu tidak benar, hanya perlu membayar fidyah dan gantikan puasa yang tertinggal sahaja.

Wallahua'lam.

Harap dapat membantu serba sedikit.

Sumber: Tanyalah Ustaz No. 2: 80 (REMEH TEMEH BERKAITAN PUASA)

26/04/2015

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Rakaat Solat Kita Terlebih Atau Terkurang?

Soalan: Bagaimana solat yang tertinggal satu rakaat atau terlebih rakaat?

Jawapan:

Jika tertinggal satu rakaat solat dan disedari sebelum memberisalam, kita wajib menambah satu rakaat lagi dan sunat sujud sahwi. Jika selepas salam baru disedari kita tertinggal satu rakaat, solat tersebut tidak sah dan kita wajib solat semula.

Namun, kalau tidak cukup rakaat dan disedari sebaik saja selepas salam, (sebelum bercakap-cakap) bolehlah berniat untuk masuk semula dalam solat dan menambah satu rakaat lagi. Selepas itu lakukan sujud sahwi sebelum salam.

Kalau terlelbih rakaat pula, tidak terbatal solat, cuma disunatkan sujud sahwi sebelum salam. Itu pun kalau terlupa. Kalau sengaja ditambah, batallah solat itu.


Sumber: Soal Jawab Agama No. 39: 27 (TERLEBIH DAHULU ATAU TERKURANG RAKAAT)