28/07/2015

Apakah Perkara Yang Mengiringi Jenazah?

1) Daripada Anas RA  daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya." - Riwayat: Bukhari dan Muslim.

Apakah Perkara Yang Mengiringi Jenazah?

Huraian Hadith:
2) Hadis ini menggalakkan kita melakukan amalan soleh, kerana amalan itu akan sentiasa menemani sehingga ke alam barzakh dan alam akhirat.

3) Harta dan keluarga tidak akan menemani di alam barzakh.

4) Tiga perkara menjadi kepentingan utama di atas dunia iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Ketahui Amalan Yang Membawa ke Syurga

1) Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”.  - Riwayat: Bukhari dan Muslim.

 Ketahui Amalan Yang Membawa ke Syurga
Huraian Hadith:
 2) Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga.

3) Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.

4) Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh rasulullah melakukannya.

5) Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.

6) Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini.

7) Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.

Wallahu'aklam.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.

Jika Tidak Berkata Baik Lebih Baik Diam

1) Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. - (Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari).
 
Jika Tidak Berkata Baik Lebih Baik Diam

Huraian Hadith:
2) Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik atau diam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat.

3) Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu.

4) Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain.

5) Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam.

Wallahu'aklam.

Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin.

27/07/2015

Contoh Sifat Rasulullah SAW adalah PEMALU

1) Daripada  Abu Said al-Khudri RA katanya, “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu mengatasi malunya seorang perawan di dalam bilik tidur bersama suaminya yang belum dikenalinya, apabila Baginda melihat sesuatu yang dibenci kami akan nampak muka Baginda berubah”. (Riwayat: al-Bukhari dan Muslim).

Contoh Sifat Rasulullah SAW adalah PEMALU

Huraian Hadith:
 2) Rasulullah SAW adalah contoh yang wajib diikuti oleh umatnya, kerana perbuatan, perkataan dan pengakuannya merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam.

3) Setiap para nabi dan rasul yang diutuskan Allah adalah untuk melaksanakan kebaikan dan memerangi kemungkaran.

4) Malu adalah sifat wanita yang asli. Kurangnya sifat malu pada golongan ini menunjukkan kiamat hampir berlaku.

Wallahu'aklam.

Sumber:JAKIM.

Berjalan ke Masjid Banyak Kelebihannya

1) Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”. (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Berjalan ke Masjid Banyak Kelebihannya

Huraian Hadith:
2) Kelebihan orang yang berjalan menuju ke suatu tempat dengan niat untuk menunaikan sembahyang, terutama sembahyang isyak dan subuh, di mana Allah SWT akan memberi cahaya pada hari akhirat kelak semasa mereka di padang mahsyar.

3) Orang yang paling banyak mengerjakan amal ibadat di dunia akan mendapat balasan baik dan syafaat daripada amalan-amalan tersebut, serta syafaat daripada Allah dan Rasulnya.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Tahu Tak Apa Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin?

1) Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”. (Hadith Riwayat Muslim).

Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin


Huraian Hadith:
2) Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan.

3) Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.

4) Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat.

5) Di samping  dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Wallahu'aklam.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.

22/07/2015

Tahukah Anda Makan Sambil Bersandar Adalah Makruh?

1) Daripada Anas RA katanya, aku melihat Rasulullah SAW duduk, dengan merapatkan kedua punggungnya ke lantai dan mengangkat kedua lututnya ke atas sambil makan tamar. (Hadith Riwayat Muslim).

Tahukah Anda Makan Sambil Bersandar Adalah Makruh?

Huraian Hadith:
2) Cara makan Rasulullah SW ialah dengan merapatkan kedua punggungnya dan menegakkan kedua betisnya.

3) Sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW akan mendapat pahala daripada Allah SWT.

4) Gesaan supaya bertawdhu’ kerana mencontohi Rasulullah SAW.

5) Makruh duduk dengan menunjukkan cara yang takbur dan sombong, dan ini adalah menurut tanggapan dan budaya tempat dan zaman.

Sumber: JAKIM.

Cara Rasulullah Menggunakan Bekas yang Suci

1) Daripada Abdillah bin Zaid RA katanya, “Rasulullah SAW datang menemui kami lalu kami memberikan air kepada Baginda dalam satu mangkuk yang diperbuat daripada tembaga lalu Baginda berwudhu’. (Hadith Riwayat al-Bukhari).

Cara Rasulullah Menggunakan Bekas yang Suci

Huraian Hadith:
2) Islam mengharuskan menggunakan bekas-bekas yang dibuat daripada tembaga untuk makan, minum dan juga berwudhu’.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.

Ketahui Kelebihan Puasa Enam di Bulan Syawal

1) Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Hadith Riwayat Muslim).

Ketahui Kelebihan Puasa Enam di Bulan Syawal

Huraian Hadith:
2) Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

3) Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal afdhal berterusan dengan puasa Ramadhan iaitu selepas hari raya pertama.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin.