Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.
Huraian Hadis:
Tabiat suka meminta-minta jika tidak berusaha mengatasinya dari mula lagi akan menjadi kebiasaan hinggalah ke akhir hayat, tabiat ini adalah tabiat yang dikeji.
Orang yang suka meminta-minta daripada orang lain akan menemui Allah pada hari kiamat dalam keadaan hina.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin // JAKIM
EmoticonEmoticon