Showing posts with label hari istimewa. Show all posts
Showing posts with label hari istimewa. Show all posts

20/04/2016

Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi - Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith:

16/02/2016

5 Hukum Nikah Dalam Islam

1) Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana ingin beribadat semata-mata kerana tuhan. Jadi, apakah hukum-hukum nikah dalam ISLAM?

5 Hukum Nikah Dalam Islam

2) Islam menggariskan sesuatu yang cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan untuk saling bercinta.

28/02/2014

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

KEUTAMAAN HARI JUMAAT Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, di antaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

17/06/2013

Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN

Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

10/06/2013

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya.

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT
Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

05/06/2013

MESTI BACA-Peristiwa ISRAK MIKRAJ

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

 MESTI BACA-Peristiwa ISRAK MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.

27/05/2013

6 KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

6 KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.