1) Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. - Riwayat: Bukhari dan Muslim.
Huraian Hadith:
2) Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga.
3) Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.
4) Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh rasulullah melakukannya.
5) Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.
6) Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini.
7) Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT.
Wallahu'aklam.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.
EmoticonEmoticon