20/04/2016

Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas - Hadith Riwayat at-Tirmizi

Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)

Dan al-Bukhari juga ada meriwayatkan dalam kitab sahih sebagai taklik.


Huraian Hadith:


Al-Qur’an al-Karim mengandungi semua cabang Islam dan iman iaitu aqidah, syariah, dan akhlak sedangkan ilmu tauhid itu meliputi di dalam surah al-ikhlas.

Orang yang membaca surah al-ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar bersamaan dengan membaca sepuluh juzu’ daripada keseluruhan al-Qur’an.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin // JAKIM


EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)