Showing posts with label fardhu ain. Show all posts
Showing posts with label fardhu ain. Show all posts

25/04/2016

3 Perkara Yang Dikasihi Oleh Allah SWT - Hadith Riwayat Muslim

Daripada Saad bin Abi Waqas RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta tidak menonjolkan diri.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta seperti hadith yang telah lalu.


Huraian Hadith:

26/04/2015

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Rakaat Solat Kita Terlebih Atau Terkurang?

Soalan: Bagaimana solat yang tertinggal satu rakaat atau terlebih rakaat?

Jawapan:

Jika tertinggal satu rakaat solat dan disedari sebelum memberisalam, kita wajib menambah satu rakaat lagi dan sunat sujud sahwi. Jika selepas salam baru disedari kita tertinggal satu rakaat, solat tersebut tidak sah dan kita wajib solat semula.

Namun, kalau tidak cukup rakaat dan disedari sebaik saja selepas salam, (sebelum bercakap-cakap) bolehlah berniat untuk masuk semula dalam solat dan menambah satu rakaat lagi. Selepas itu lakukan sujud sahwi sebelum salam.

Kalau terlelbih rakaat pula, tidak terbatal solat, cuma disunatkan sujud sahwi sebelum salam. Itu pun kalau terlupa. Kalau sengaja ditambah, batallah solat itu.


Sumber: Soal Jawab Agama No. 39: 27 (TERLEBIH DAHULU ATAU TERKURANG RAKAAT)

13/05/2013

Rukun ISLAM dan Huraiannya


Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’. Lima rukun itu ialah:

Mengucap dua kalimah syahadah
1) Mengucap dua kalimah syahadah

Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.

07/04/2013

Jom kita ulangkaji hukum MANDI JUNUB

Mandi wajib mengangkat hadas besar (junub) dan kecil sekali gus.  Oleh sebab itu, siapa yang telah sempurna melaksanakan semua rukun mandi, maka sebenarnya ia tidak lagi diwajibkan untuk berwuduk selepas itu.

 >

Namun, jika seseorang berhadas semasa mandi wajib seperti menyentuh kemaluan atau terkentut, mestilah ia berwuduk selepas mandi untuk melaksanakan solat?

Jawapan: Wajib berwuduk selepas mandi jika hendak melaksanakan solat.

Berkata Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj: "Sekiranya seseorang itu berhadas semasa mandi (wajib), dia boleh meneruskan mandinya.  Ini kerana hadas tidak memberi kesan pada sah atau tidak mandi tersebut.  Namun dia tidak boleh solat dengannya (mandi tersebut) sehingga dia berwuduk terlebih dahulu.  Ini sebagaimana yang tercatat dalam Zawaid al-Raudhah".

Sumber: al-Ustaz (Jom kita ulangkaji hukum MANDI JUNUB)