Showing posts with label khutbah. Show all posts
Showing posts with label khutbah. Show all posts

25/04/2016

Larangan Meninggalkan Solat Jumaat - Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.

(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith:

01/06/2013

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Paksi kekuatan Ummah

Sebagai umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana struktur kepimpinan di Negara kita berada dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik dari sesetengah Negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya dalam keadaan huru-hara. Sistem pemerintahan Raja berperlembagaan yang menjadi paksi kepada kekuatan dan perpaduan ummah telah sebati di kalangan rakyat di Negara ini. Raja berperlembagaan adalah menjadi lambang sebuah Negara yang berdaulat, bebas dan merdeka serta merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di Negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Paksi kekuatan Ummah
Pemilihan dan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong terletak pada kuasa Majlis Raja-Raja yang telah ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Justeru pemilihan Baginda sebagai ketua Negara dan agama menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan Baginda Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan Negeri, Agama Islam, adil dan aman. Sebagai Ketua Negara Baginda hendaklah melaksanakan pemerintahan dengan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa memandang kepada status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan.