Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

17/04/2017

30 Hari Sarat Berpahala, Di Balik Ramadan

Sempena kedatangan Ramadan yang lepas, kita ingin membongkar beberapa angka dan fakta menarik yang hanya berlaku pada bulan mulia ini. Pembongkaran ini penting supaya kita menyedari bersama-sama akan keistimewaan dan kelebihannya berbanding bulan lain, sekali gus memotivasikan diri untuk memanfaatkan Ramadan yang dirindui sebaik mungkin.


Percaya atau tidak, sedar atau tidak, kita sebenarnya boleh berusaha untuk bersolat sebanyak lebih 1000 rakaat hanya di dalam bulan Ramadan. Bagaimana? Baik, mari kita kira bersama.
  1. Di dalam sehari, kita telah bersolat sebanyak 17 rakaat untuk semua solat fardu
  2. Di dalam sehari juga, kita boleh melakukan solat sunat sebagaimana berikut:

  • Solat sunat rawatib sebanyak 10 rakaat (2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak)
  • Solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat
  • Solat sunat witir sebanyak 3 rakaat
  • Solat sunat duha sebanyak 2 rakaat
  • Solat sunat tahajud sebanyak 2 rakaat

Baiklah, sekarang mari kita jumlahkan kesemua rakaat tersebut:

17+10+8+3+2+2= 42 rakaat sehari

Ramadan ada 30 hari. Maka kita darabkan jumlah rakaat tadi dengan 30. Oleh itu, jawapannya seperti berikut:

42 rakaat x 30 = 1260 rakaat! 

Subhanallah, angka itu belum ditambah dengan solat sunat seperti taubat, tasbih bahkan juga belum dikira jika kita menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Kita pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendirikan solat tarawih yang sangat eksklusif kerana dilakukan hanya ketika bulan ini, apatah lagi saranan Nabi yang menawarkan kebaikannya.

Rasulullah memberitahu: “Sesiapa yang mendirikan solat (tarawih) pada malam hari Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu.” (Riwayat al-Bukhari)

Allah berfirman: “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam itu hingga terbit ajar.” (Surah al-Qadr 97: 3-5)

Sebagaimana yang dimaklumi, pahala orang yang beribadah pada malam lailatulqadar menyamai 1000 bulan. Ia menyamai juga dengan lebih kurang 83 tahun.

Jangka hayat umur umat Nabi Muhammad s.a.w. jika dirujuk kepada rasul sendiri iaitu sekitar 60 hingga 70 tahun.

Jika dikira bermula dari umur baligh sehingga umur mati seseorang lelaki dalam kalangan umat Nabi Muhammad dan diandaikan beliau mendapat lailatulqadar pada setiap Ramadan dalam tahun tersebut, pengiraannya seperti berikut:

Mula umur baligh lelaki = 15 tahun
Umur mati = 60 tahun

Jumlah masa yang diberi oleh Allah untuk hamba-Nya itu mengumpul pahala ialah:

60 tahun - 15 tahun = 45 tahun

Sekiranya beliau mendapat lailatulqadar ketika setiap bulan Ramadan pada setiap tahun, jumlah pahala yang beliau perolehi ialah seperti berikut:

1000 bulan = 83 tahun
83 tahun x 45 tahun = 3735 tahun

Angka di atas menunjukkan bahawa beliau akan memperoleh pahala sama seperti orang yang beribadah selama 3735 tahun!


Melalui pendedahan angka-angka di atas, didoakan semoga ia menjadi penguat kepada kita untuk beribadah dengan sebaiknya di bulan Ramadan. Mudah-mudahan apabila Hari Raya Aidilfitri, kita benar-benar mengecapi kebahagiaan dan ketenangan setelah berjaya melawan hawa nafsu sebulan di bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang istiqamah mentaati-Nya untuk bulan-bulan seterusnya. Insya-Allah.

Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.59

27/07/2015

Tahu Tak Apa Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin?

1) Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”. (Hadith Riwayat Muslim).

Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin


Huraian Hadith:
2) Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan.

3) Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.

4) Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat.

5) Di samping  dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Wallahu'aklam.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.

22/07/2015

Ketahui Kelebihan Puasa Enam di Bulan Syawal

1) Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Hadith Riwayat Muslim).

Ketahui Kelebihan Puasa Enam di Bulan Syawal

Huraian Hadith:
2) Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

3) Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal afdhal berterusan dengan puasa Ramadhan iaitu selepas hari raya pertama.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin.

28/04/2015

Puasa Sebelum Belum Diganti

Soalan: Assalamualaikum, puasa saya tahun lepas saya tak ganti lagi, takut tak sempatlah... Macam mana ya?

Jawapan:

Mengapa tidak sempat? Kita ada masa lebih kurang setahun atau 354 hari untuk mengganti puasa yang tertinggal. Jangan bertangguh, kerana syaitan sering menghasut dan melalaikan kita daripada mengganti puasa.

Jika betul-betul tidak mampu menggantikan puasa kerana keuzuran syari'i, maka mestilah membayar fidyah iaitu secupak makanan asasi (beras) bagi setiap hari yang tertinggal dan masih tetap perlu menggantikan puasa mengikut hari yang tertinggal pada tahun hadapan.

Boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing tentang pengiraan dan pembayaran fidyah.



Info tambahan:

Jika puasa belum diganti setelah tibanya Ramadhan, ada yang menyatakan bahawa akan diganti berganda. Namun, semua itu tidak benar, hanya perlu membayar fidyah dan gantikan puasa yang tertinggal sahaja.

Wallahua'lam.

Harap dapat membantu serba sedikit.

Sumber: Tanyalah Ustaz No. 2: 80 (REMEH TEMEH BERKAITAN PUASA)

29/06/2014

ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?

Soalan: Saya seorang lelaki yang sudah lanjut usia tetapi kesihatan saya baik, Alhamdulillah. Saya mampu untuk berpuasa. Tetapi masalahnya tekak saya selalu berkahak. Adakah batal puasa saya sekiranya seya tertelan kahak? Sebab saya akan merasa sakit kalau saya mengeluarkannya.

Jawapan:

Firman Allah: " Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang termampu olehnya." (Surah al-Baqarah: 286).

Firman-Nya lagi: "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Surah al-Baqarah: 185).

Kahak adalah sesuatu yang berada dalam tubuh dan dalam kawasan tubuh. Justeru, ia bukan di bawah kawalan dan ikhtiar manusia.

Mengikut pendapat yang rajih dalam mazhab Syafii, menelan kahak yang datang dari atas anak tekak dikira membatalkan puasa. Namun jikalau menelan kahak yang datang daripada dada tidak batal puasanya.

ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?

Wallauaklam.

Sumber: Al-Ustaz No. 26: 14. (ADAKAH BATAL PUASA SEKIRANYA TERTELAN KAHAK?).

20/06/2013

PUASA Sunat Nisfu Syaaban-Antara Sunnah & Bidaah

PUASA Sunat Nisfu Syaaban-Antara Sunnah & Bidaah

Puasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Wajib:
i. Fardhu Ramadhan
ii. Nazar & Kaffarah

2. Sunat:

i. Tak berMusim: