Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a.:
Wahai Abu Dzar.
1) perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam;
2) carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat jauh;
3) kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi; dan
4) ikhlaslah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat.
Perbaharuilah perahumu bermaksud perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan selamat dari seksa Allah.
Kurangilah beban membawa maksud janganlah terlalu mengejar keduniaan. Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dirempuhi untuk sampai kepada kebahagiaan di akhirat.
Wallahu'alam.
Suumber: Gen-Q 09 (EMPAT bekal ke AKHIRAT).
1 comments so far
benar juga gan
EmoticonEmoticon