23/05/2013

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini

1.Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wallahu'alam.

Sumber: Gempaq Network (Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini).

11 comments

bodoh punya add, ganggu pembaca

Memang bukan hadist Nabi, tapi secara logika memang benar
Artikel diatas termasuk golongan wanita yang tak dapat mencium bau syurga

jangan kaitkan dengan nabi jika pesanan itu bukan dari nabi

Bukan hadis nabi ea. Nasib baik gua baca leklok.

Tolong padam artikel ni

Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)

Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)

Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)

Tolong padam artikel ni

Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)

Sangat setuju dengan ali akbar. Walaupun artikel ini bukan dari hadis. Tetapi ianya sangat penting untuk lelaki tahu.. perempuan yg dmaksut kn begitu demikian sangat tidak layak di jadi kn isteri. Malah akan menyusahkn hidup keluarga

Apa yang dinyatakan melalui matan hadith ini memang ada unsur kebaikan, namun sanad & martabat hadith ini tidak dapat dikenal pasti. Mohon pihak yang mengongsikan hadith ini dapat menyertakan sanad & martabat hadith berkenaan agar dapat menjadi rujukan kepada kaum muslimin. Rasullullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud “Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197), martabat hadtih ini ialah mutawatir. Maksud hadith ini ialah sesiapa yang berbohong dengan mengatakan Rasullullah S.A.W telah berkata atau berbuat sesuatu sedangkan hakikatnya perkataan & perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan oleh baginda, maka orang yang berdusta tersebut telah menempah tempat di dalam neraka Allah di akhirat kelak.


EmoticonEmoticon