Rasulullah saw pernah memberitahu Uqbah bin Amir bahawa mereka yang berjaya ke syurga iaah mereka yang berjaya menahan lidahnya daripada melakukan maksiat. Malah Baginda menjamin syurga bagi sesiapa yamg memelihara lidah dan kemaluannya.
Oleh itu, kita adalah dituntut untuk memelihara lidah dan tangan. Bagaimana?
LIDAH
1) Perbanyakkan berzikir, memberi nasihat, bercakap benar, menyampaikan ilmu dan diam pada perkara tidak berfaedah.
2) Elakkan berdusta, mengumpat, mengadu domba, memaki, merendahkan orang lain, memfitnah dan bercakap kasar.
TANGAN
1) Perbanyakkan memberi hadiah, bersedekah, membantu orang lain dan melakukan aktiviti bermanfaat.
2) Elakkan membunuh, mengambil dan menahan hak orang lain, mencuri dan bergaduh.
Semoga apa yang kita baca di atas dapat kita amal dan sampaikan, InsyaAllah.
Wallahu'aklam.
Sumber: Gen-Q 22 (Rasulullah suruh kita pelihara LIDAH dan TANGAN kamu).
EmoticonEmoticon