28/09/2015

Kelebihan Membaca al-Quran Secara Beramai-ramai

1) Daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada suatu kaum pun yang duduk beramai-ramai di sebuah masjid kemudian mereka beramai-ramai membaca al-Qur’an secara bertadarus dikalangan mereka (bergilir-gilir membaca al-Qur’an) nescaya mereka mendapat ketenangan dan mereka juga akan dilimpahi rahmat Allah dan juga dikelilingi oleh para Malaikat, Allah SWT sentiasa menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada disisinya iaitu para malaikat”.
-Hadith Riwayat Muslim.
Kelebihan Membaca al-Quran Secara Beramai-ramai
Huraian Hadith:

2) Disunatkan duduk beramai-ramai di dalam masjid, kemudian membaca al-Qur’an, mengajar dan belajar, dengan berbuat demikian Allah SWT akan memberi ketenangan kepada mereka menjalankan kehidupan di dunia ini.

3) Orang yang sentiasa membaca dan berdamping dengan orang-orang yang suka mengajar dan belajar al-Qur’an nescaya didampingi oleh malaikat yang membawa rahmat.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.


EmoticonEmoticon