28/09/2015

Apakah Kelebihan Orang yang Bersyukur

1) Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”
-(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apakah Kelebihan Orang yang Bersyukur
Huraian Hadith:

2) Umat Islam dikehendaki beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

3) Harta kekayaan yang dikurniakan Allah hendaklah dibelanjakan kepada perkara kebajikan sahaja.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin.


EmoticonEmoticon