Mandi wajib mengangkat hadas besar (junub) dan kecil sekali gus. Oleh sebab itu, siapa yang telah sempurna melaksanakan semua rukun mandi, maka sebenarnya ia tidak lagi diwajibkan untuk berwuduk selepas itu.
>
Namun, jika seseorang berhadas semasa mandi wajib seperti menyentuh kemaluan atau terkentut, mestilah ia berwuduk selepas mandi untuk melaksanakan solat?
Jawapan: Wajib berwuduk selepas mandi jika hendak melaksanakan solat.
Berkata Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj: "Sekiranya seseorang itu berhadas semasa mandi (wajib), dia boleh meneruskan mandinya. Ini kerana hadas tidak memberi kesan pada sah atau tidak mandi tersebut. Namun dia tidak boleh solat dengannya (mandi tersebut) sehingga dia berwuduk terlebih dahulu. Ini sebagaimana yang tercatat dalam Zawaid al-Raudhah".
Sumber: al-Ustaz (Jom kita ulangkaji hukum MANDI JUNUB)
EmoticonEmoticon