Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatbatkan kematian iaitu amalan bersedekah.
Suatu hari, Malaikat Israil mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”
“Itu sahabatku dan juga muridku.”
“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi. ”Setelah itu, Malaikat Israil pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah SWT.
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Israil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.”
Wahai pembaca sekalian, kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahawa sedekah itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah sedekah.
Maka, tengoklah kiri kanan anda dan lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka sesungguhnya anda harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh Allah untuk anda bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur anda. Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu ataupun tidak.
Saudara sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang CINTA Allah?
Jika seseorang diCINTAI Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak dicabut nyawanya dalam keadaan Husnul Khatimah.
Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.
“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan”. (An-Nisaa: 78).
Wallahulam!
Untuk kita amal dan sampaikan, InsyaAllah (Sedekah Adalah Amalan Yang Boleh Menangguhkan Kematian).
2 comments
Terima kasih atas perkongsian menarik ini...
Pembetulan.. Malaikat Izrail yang mencabut nyawa.. Btw, info yang sangat menarik dan berguna :)
EmoticonEmoticon