Puasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Wajib:
i. Fardhu Ramadhan
ii. Nazar & Kaffarah
2. Sunat:
i. Tak berMusim:
- Puasa Dahr (sepanjang tahun)
- Puasa Nabi Daud (1 hari puasa 1 hari tak)
ii. BerMusim
- TAHUNAN:
- Arafah (9Zulhjh)
- Tarwiyah (8Zulhjh)
- 1-7 Zulhjh.
- Asyura' (10Muharm)
- Tasua' (9Muharm)
- Puasa 6
- Puasa Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram & Rejab)
- Puasa Sya'ban
- BULANAN, 3 hari setiap bulan, sama ada:
- 13hb & 14hb & 15hb (Aiyamul Baidh)
- 27hb & 28hb & 29hb (Aiyamus Sud)
- 1hb & 15hb & 29@30hb (awal, tengah & akhir)
- MINGGUAN,Puasa Isnin & Khamis
Dari apa yang kita sebutkan tadi dapat kita katakan:
Tiada puasa sunat yg dinamakan Puasa Sunat Nisfu Sya'ban. Namun begitu tidak boleh juga kita katakan haram @"bid'ah" puasa di hari itu, kerana ia tidak termasuk di antara hari yang haram puasa.
Oleh itu puasa lah kepada yang nak puasa pada hari itu, cuma NIAT kena betul, iaitu:
1. Puasa Bulan Sya'ban
2. Puasa 1hari dari Aiyamul Baidh.
3. Puasa Isnin & Khamis (kalau kebetulan ianya jatuh pda hari itu).
Contoh Niat:
"Senghaja aku puasa sya'ban, Aiyamul Baidh & Isnin kerana Allah Taala".
Wallahuaklam!
Sumber: fb ustaz zahazan (PUASA Sunat Nisfu Syaaban-Antara Sunnah & Bidaah).
EmoticonEmoticon