28/04/2015

Puasa Sebelum Belum Diganti

Tags

Soalan: Assalamualaikum, puasa saya tahun lepas saya tak ganti lagi, takut tak sempatlah... Macam mana ya?

Jawapan:

Mengapa tidak sempat? Kita ada masa lebih kurang setahun atau 354 hari untuk mengganti puasa yang tertinggal. Jangan bertangguh, kerana syaitan sering menghasut dan melalaikan kita daripada mengganti puasa.

Jika betul-betul tidak mampu menggantikan puasa kerana keuzuran syari'i, maka mestilah membayar fidyah iaitu secupak makanan asasi (beras) bagi setiap hari yang tertinggal dan masih tetap perlu menggantikan puasa mengikut hari yang tertinggal pada tahun hadapan.

Boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing tentang pengiraan dan pembayaran fidyah.



Info tambahan:

Jika puasa belum diganti setelah tibanya Ramadhan, ada yang menyatakan bahawa akan diganti berganda. Namun, semua itu tidak benar, hanya perlu membayar fidyah dan gantikan puasa yang tertinggal sahaja.

Wallahua'lam.

Harap dapat membantu serba sedikit.

Sumber: Tanyalah Ustaz No. 2: 80 (REMEH TEMEH BERKAITAN PUASA)

2 comments

Sejak baligh saya tak pernah penuh sblan puasa...krana ada ketikanya berpunca gastrik dan krana kerja berat yg dilakukan,bila kerja berat lama sangat saya cepat lelah (mengah)...
Bagaimana saya nak ganti?

Mesti bayar fidyah dan jika mampu cuba gantikan puasa yang ditinggalkan. InsyaAllah..


EmoticonEmoticon