Abadi hati dengan sifat mahmudah, iaitu sifat yang terpuji kerana sifat mahmudah melahirkan insan bertaqwa.
Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:
- Taubat- keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
- Takut akan Allah s.w.t.- Melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
- Muhabbah- Mengasihi Allah dan Rasul melebihi yang lain. Ini akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerena mempertahankan Islam.
- Zuhud- Kehidupan Mukmin yang mengekangkan jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
- Sabar- Taat dan menjauhi maksiat.
- Syukur- atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya yang diberikan oleh Allah s.w.t.
- Ikhlas dan benar- mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
- Tawakal- penggantungan hanya pada Allah s.w.t. selepas berazam dan usaha.
- Reda dengan qadak Allah- baik atau buruk diterima dengan syukur dan sabar.
- Mengingati mati- Sepintar-pintar dan sebijak-bijak manusia adalah orang yang sentiasa ingat akan mati dan sentiasa bersedia menghadapinya.
Semoga apa yang kita kongsikan di sini mampu kita praktiskan untuk melahirkan sifat mahmudah pada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi dan seterusnya menjadikan kita insan yang bertaqwa.
Wallahu'aklam.
Sumber: GenQ 01:23 (Sifat Mahmudah Melahirkan Insan Bertaqwa).
EmoticonEmoticon