02/08/2015

8 Pesanan Ibu Kepada Anak Dara Yang Bakal Berkahwin

Diharap pesanan daripadaseorang  ibu ini akan sedikit-sebanyak dapat membantu sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga.

 8 Pesanan Ibu Kepada Anak Dara Yang Bakal Berkahwin

1. Suami itu lebih tinggi pangkatnya

Tak kira setinggi mana saya belajar atau setinggi mana pangkat saya, suami tetap lebih tinggi dalam segala hal.

2. Priority nombor 1 adalah untuk suami

Sesibuk mana pun saya, suami adalah number 1 priority. Anak-anak jatuh tempat kedua selepas suami.

3. Libatkan suami dalam membuat keputusan

Jangan sesekali buat keputusan tanpa keizinan suami. Kalau dia kecil hati, kita sebagai isteri dah jatuh derhaka.

4. Layan suami sebaiknya, kalau boleh macam raja

Sebab tiket terbesar nak masuk syurga ada pada dia. Kalau rasa susah, ingat dan niatkan apa yang kita buat itu adalah untuk kebahagiaan kita di akhirat kelak. Bukan semata-mata nak bahagiakan suami di dunia.

5. Didik diri untuk tak rasa sombong dengan apa yang kita dah buat untuk suami

Ingat semula betapa bertuahnya kita dipilih untuk bergelar isteri sedangkan ramai perempuan yang sampai ke hujung usia masih menunggu untuk dipinang. Kalau bukan kerana suami, kita tak dapat rasa bahagia berumah tangga, biarpun sekejap. Tak dapat rasa kebahagiaan mengandung dan melahirkan anak. jadi jangan ego dan sombong atas ehsan kita kepada suami.

6. Dalam rumah tangga suami memang pelindung tapi kekuatan suami adalah isteri

Jadi kalau isteri jenis yang lembik, sikit-sikit penat, sikit-sikit mengeluh, suami pun akan jadi lemah.

7. Jadi pendengar terbaik untuk suami

Sentiasa ambil tahu tentang hal-hal yang jadi sekeliling dia, apa yang dia minat dan sebagainya. Bila dia bercerita, kena dengar dan beri perhatian sebab kalau kita tak mendengar, memang akan ada spesis perempuan yang sudi untuk menghulur telinga.

Jadi kalau suami dah mula bercerita masalah seharian dia dekat perempuan lain, kita sepatutnya salahkan diri kita dulu sebelum menyalahkan perempuan tu. Kalau tengah tengok TV ke, memasak ke atau apa sahaja, bila suami bercerita atau bercakap MESTI berhenti buat semua itu.

Bagi tumpuan sepenuhnya dekat dia. Kalaupun ikan goreng kat dapur hangus, tidak mengapa. Asalkan perhatian kita pada suami

8. Jadikan masalah suami sebagai masalah kita

Sebab bila dah berumah tangga, bukan lagi cerita saya-awak tapi kita-kami. Bila sama-sama berkongsi masalah, sama-sama akan saling memahami dan membantu.

Wallahu'aklam.

Sumber: FB dan SirapLimau. com


EmoticonEmoticon