28/03/2016

Mimpi Melihat Rasulullah SAW

Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim: Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (Syaitan tidak dapat menjelma seperti Baginda Rasulullah SAW).

Mimpi Melihat Rasulullah SAW


Huraian Hadith: 

Setiap orang Islam yang bermimpi melihat Rasulullah SAW semasa tidurnya dia akan melihat Junjungan semasa di hari kiamat dan ini adalah berita baik bagi yang bermimpi.
Syaitan dan iblis tidak akan dapat menyerupai para nabi dan rasul sama ada ketika jaga mahupun di dalam tidurnya (mimpinya).
                
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin


EmoticonEmoticon