Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

19/08/2015

Ujian Kepada Lelaki Adalah Wanita

1) Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. - Riwayat Bukhari dan Muslim.
 
Ujian Kepada Lelaki Adalah Wanita

Huraian Hadith:

2) Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.

3) Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.

4) Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.

5) Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Apakah Nikmat Yang Paling Baik di Dunia ini?

1) Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. - Riwayat Muslim.
 
Apakah Nikmat Yang Paling Baik di Dunia ini?

Huraian Hadith:

2) Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.

3) Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah.

4) Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

12/05/2015

14 Kemuliaan Wanita yang Mengandung

'RAHIM' merupakan bahagian organ dalam tubuh wanita yang diberi nama yang begitu mulia. Perkataan ini diambil daripada nama Allah iaitu Ar-Rahim, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah tidak memberikan nama yang semulia ini di bahagian tubuh lelaki. Namun, Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.



Terdapat 14 kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita yang mengandung...

1. Apabila seorang wanita mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 Kejahatan.

2. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang wanita melahirkan anak, hilanglah segala dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, setiap tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan untuk ibu itu.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala sama seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat Solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat Solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus apabila berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus apabila beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada 1 uratnya, Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2-5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Sumber: SALAM