31/05/2013

Ganjaran SOLAT BERJEMAAH

Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh tujuh darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Ganjaran SOLAT BERJEMAAH
Huraian Hadith:

1) Solat di pasar adalah harus dan sah tetapi makruh kerana gangguan suara dan sebagainya yang menghilangkan khusyuk`.

2) Malaikat berdoa untuk orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Ghafir, ayat 7.

3) Orang lelaki dikehendaki mendirikan solat jemaah di masjid atau surau.

4) Solat jemaah diberi ganjaran pahala 27 kali ganda atau lebih daripada solat bersendirian.

Sumber: jakim (Ganjaran SOLAT BERJEMAAH).


EmoticonEmoticon