Mungkin ramai di antara kita masih belum tahu apakah hukum memakai shemagh (gambar). Hukumnya adalah sunnah dan ia adalah sama dengan serban. Ini adalah hadis fadilat berserban/ memakai shemagh:
Dari Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dua rakaat solat dengan berserban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban”.
(Riwayat ad-Dailami, dinilai Daif oleh Imam as-Suyuti)
Dari Rukanah bin Abd Yazid al-Hasyimi r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Perbezaan antara kita dan orang-orang Musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan al-Baihaqi, dinilai Daif oleh Imam as-Suyuti)
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Melakukan solat sunat atau fardhu dengan memakai serban adalah menyamai pahalanya dua puluh lima darjat tanpa serban. Solat Jumaat tanpa serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban”.
(Riwayat Ibnu ‘Asakir, dinilai Sahih oleh Imam as-Suyuti)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Berserbanlah kamu, nercaya akan bertambah sifat hilm (kesabaran) pada diri kamu”.
(Riwayat Imam at-Tabrani dan al-Hakim, dinilai Sahih oleh al-Hakim dan Imam as-Suyuti)
Dari Usamah bin ‘Umair r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Pakailah serban, nescaya akan bertambah sifat hilm (kesabaran) pada diri kamu. Serban itu adalah mahkota orang-orang Arab”.
(Riwayat Ibnu al-‘Adiy dan al-Baihaqi, dinilai Daif oleh Imam as-Suyuti)
Kita tetap boleh menggunakan hadis yang Daif untuk diamalkan.
Namun saya ingin tegaskan di sini bahawa pemakaian shemagh bukan bererti WAHABI seperti yang biasa rakyat Malaysia kaitkan. Ini adalah ancaman Rasulullah SAW kepada pembenci sunnah:
Dari Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membenci sunnahku maka dia bukan termasuk golonganku.”
(Hadis riwayat Muslim)
Wallahuaklam!
16/01/2014
HUKUM MEMAKAI SHEMAGH
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon