02/02/2014

CIRI-CIRI ANAK SOLEH

Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau nak tahu, jom kita lihat…

1. Mentaati kedua ibu bapa

Sentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam.

CIRI-CIRI ANAK SOLEH
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yangbermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainDIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengansebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumurlanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepadakeduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlahkepada mereka ucapan yang mulia .

2. Tingkah laku dan akhlak dipelihara


Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri, apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga.

3. Kasih sayang kepada ibu bapa

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih sayang orangtuayang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpamereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.

4. Rajin beribadat kepada Allah SWT

Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, adik-adik juga perlu mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah SWT. Lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah adik-adik akan menjadi ank yang soleh.

5. Ikhlas dalam melakukan sesuatu

Ikhlas ini amat penting dan amat perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan seeloknya lakukannya kerana Allah SWT.

Ini antara ciri-ciri yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Usaha yang berterusan amat perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang dilakukan tadi mendapat keredhaan dan diberkati Allah SWT. Jom kita berusaha bersama-sama gembirakan ibu dan bapa kita. Merekalah permata hati. Bagi mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.... Al-Fatihah.

Sumber: e-baca.karangkraf. com

1 comments so far

Saya suka, terima kasih infonya. Colek member www.penuliscilik.com


EmoticonEmoticon