31/01/2014

Tsunami di Thailand-Di sebalik peristiwa tsunami 2004

Apa itu Tsunami
Tsunami di ThailandPada 26 Disember 2004, dunia telah dikejutkan dengan satu peristiwa besar iaitu Tsunami yang telah meragut nyawa ramai manusia sekaligus membawa kemusnahan yang amat luar biasa.Tsunami merupakan ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami mempunyai pergerakan yang sangat pantas, mempunyai ketinggian yang luar biasa dan boleh dikatakan juga sebagai ombak raksasa. Tsunami jarang dirasakan di lautan dalam kerana telah ditutupi oleh keluasan lautan tersebut. Pergerakan tsunami yang sangat cepat iaitu 500 ke 1000 kilometer boleh membawa kemusnahan yang sangat dahsyat sehingga mampu memusnahkan kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya dari laut. Di antara penyebab berlakunya tsunami termasuklah akibat perpindahan sejumlah besar air akibat letusan gunung berapi, gempa bumi, longsor ataupun meteor yang jatuh ke bumi. namun begitu, 90% tsunami berlaku adalah akibat gempa bumi bawah laut. Gerakan vertikal pada kerak bumi mengakibatkan dasar laut naik atau turun secara tiba-tiba sehingga menyebabkan gangguan keseimbangan air. hal ini menyebabkan berlakunya aliran tenaga sehingga menyebabkan berlakunya gelombang besar ketika sampai di pantai atau dikenali juga sebagai tsunami.


Gambar rajah menunjukkan bagaimana ia berlaku.



Tsunami di Thailand

Di sebalik kejadian Tsunami

Sebelum kejadian Tsunami

Kejadian ini meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Langka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan. kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella. Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut.  Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku. Ketika tsunami melanda Sri Langka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Aceh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.

Sewaktu Kejadian Tsunami


Tsunami di Thailand
Imej di atas dirakam menggunakan satelit. Pusaran air ketika tsunami berlaku telah menunjukkan seolah-olah membentuk kalimah Allah.

Selepas kejadian Tsunami

Dikawasan pantai bekas badaian air laut beberapa ekor ikan dan hidupan laut yang pelik dan yang tak penah kita lihat terdampar disitu. Menurut ahli sains Marin ianya mungkin jenis yang hidup dilautan dalam. Rupanya sangat aneh seperti ikan yang hidup di zaman dinasour.

Tsunami di Thailand


Tsunami di Thailand



Gambar di atas merupakan hidupan laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin ikan tersebut hidup di lautan dalam. Maha suci Allah yang menciptakan hidupan di dunia ini. Namun, apa yang lebih menyentuh hati tatkala melihat masjid -masjid yang masih tersergam indah walaupun dibadai tsunami yang amat dahsyat.

Tsunami di Thailand

sebenarnya masih banyak masjid yang terselamat dalam kejadian ini. Bukalah hati dan minda sejenak dan renungkan betapa agung kebesaran-Nya. Rumah Allah ini masih utuh berdiri walaupun bangunan dan rumah di sekelilingnya hancur berkecai. Maha Suci Allah yang maha mengetahui...

Lihatlah bencana yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia ini.


Bersama-samalah kita mengambil iktibar di atas kejadian tsunami yang telah berlaku. Segala yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.. Al-fatihah...

Sumber: mmiow.blogspot. com


EmoticonEmoticon