15/11/2015

5 Waktu Dilarang Tidur

1) Tidur menjadi sesuatu yang mesti dalam kehidupan kita namun terdapat 5 waktu dilarang tidur. Tidur yang betul dan mencukupi menjadikan fizikal dan mental kita kembali segar.

Waktu Dilarang Tidur


2) Badan yang letih, urat-urat yang tegang, dan otot-otot yang digunakan untuk melakukan aktiviti-aktivit harian kita, boleh menjadi releks dan pulih menjadi normal sekiranya tidur kita mencukupi dan tidak tidur pada waktu dilarang tidur.


3) Setiap perbuatan adalah ibadah. Dalam Islam, tidur, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah ibadah. 

4) Namun, ternyata ada 5 waktu tidur yang tidak digalakkan.

i) Tidur Selepas Makan - selepas makan sekiranya kita terus tidur, ia boleh menyebabkan proses sistem pencernaan kita menjadi tidak sempurna.

ii) Tidur Sepanjang Hari - Habit yang suka tidur sepanjang hari akan mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.

iii) Waktu dilarang tidur seterusnya adalah Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi - Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari bekerja diwaktu pagi kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.

Sabda Nabi SAW: "Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath).

iv) Tidur Pada Waktu Asar juga adalah waktu dilarang tidur - Sesetengah para alim ulamak meberitahu bahawa "Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya, maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri".

v) Tidur Sebelum Solat Isyak - Dikuatiri kita akan lupa untuk menunaikan solat Isyak.

Wallahuaklam (5 Waktu Dilarang Tidur).


EmoticonEmoticon