28/05/2015

Kenapa Perlu Jilat Jari Selepas Makan?

Tags
Baginda Rasulullah SAW sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.


Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah SAW dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunnah itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah SAW itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Oleh itu, Allah SWT telah memilih Rasulullah SAW untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunnah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Jom sama-sama kita mengamalakan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian kita.

Sabda Rasulullah SAW, "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada." – Sahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik RA, "Aku telah melihat Rasullullah SAW sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya."

Sumber: TAOTAUJER.

27/05/2015

Cara Mengatasi Stress InsyaAllah Berkesan

Manusia tidak akan lari daripada perasaan tertekan (Stress) tetapi untuk meneruskan hidup yang berkualiti kita hendaklah menguruskan Stress dengan cara yang betul.


Berikut merupakan panduan mengatasi tekanan/stress iaitu:

Mengingati Allah SWT

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenang dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenang." (QS Ar-Ra’d 28)

Berzikir. Basahkah lidah kita dengan zikir, jernihkan hati kita dengan zikir, dan tenangkan fikiran kita dengan zikir, cara untuk zikir dengan akal fikiran adalah dengan kita merenung alam ciptaan Allah dan mengagumi kebesaran-Nya.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat membersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan

Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan.

Ada juga doa khas untuk kita amalkan selalu apabila menghadapi stress.

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

"Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyil 'Azzim"
Maksud: Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)
Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar.

Ya Arhamar Rahimin
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Nota:
Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir.
Insya'Allah hati akan menjadi tenteram.

Jangan tinggal solat

Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

Positif (Berbaik Sangka)

Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

Bersedekah/Memberi Makan pada Anak Yatim dan Orang Miskin

Apabila kita dalam kesusahan atau tekanan sebernarnya ada orang lain yg lebih susah daripada kita. Dengan mamberi sedekah pada orang susah jiwa kita akan jadi lapang. Sedekah dan membantu orang lain adalah seseuatu yang ajaib. Cubalah Sendiri! Pasti anda akan rasakan perbezaannya.

Semua yang diatas adalah ikhtiar kita sebagai hamba Allah swt. Kembalilah kepada Allah dan fahamilah kita adalah hamba Allah. Redha dan Pasrah dengan situasi semasa akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang. Wallahu'alam.


Sumber: Sehat Dan Comel.

20/05/2015

Hadith: Galakan Memberi Nasihat

Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.”

(Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)



  1. Islam menyuruh umatnya meminta nasihat kepada orang yang lebih alim ketika hendak bermusafir supaya menjadi panduan dalam perjalanan.
  2. Islam menggalakkan umatnya supaya mendoakan kebaikan kepada saudaranya khsususnya ketika hendak musafir.
  3. Orang yang hendak bermusafir disuruh nasihati orang yang yang tinggal agar melaksanakan suruhan Allah dengan sebaiknya.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin, JAKIM

12/05/2015

Sejarah Dan Kehebatan Kalimah "Subhanallah"

Suatu ketika Nabi Sulaiman AS terbang di udara bersama sekelompok jin. Mereka melintasi satu kawasan penempatan petani. Seorang petani yang sedang bekerja ternampak rombongan Nabi Sulaiman AS, lalu spontan terluncur di mulutnya, "Subhanallah! Hebatnya." Tidak lama kemudian, Nabi Sulaiman AS muncul di hadapan petani itu seraya bertanya, "Kalimah apakah yang kamu ucapkan tadi." Petani itu sedikit terpinga-pinga.



Lalu dijelaskan oleh Nabi Sulaiman AS, ucapan tersebut lebih besar dan lebih hebat daripada seluruh kekuasaan dan kerajaan baginda. Hari ini, selepas ribuan tahun kerajaan Nabi Sulaiman AS menjadi sejarah, lafaz Subahanallah masih wujud dan terus menjadi sebutan ramai. Akan kekal sebutan itu sampai hari kiamat.

Sumber: SALAM,

14 Kemuliaan Wanita yang Mengandung

'RAHIM' merupakan bahagian organ dalam tubuh wanita yang diberi nama yang begitu mulia. Perkataan ini diambil daripada nama Allah iaitu Ar-Rahim, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah tidak memberikan nama yang semulia ini di bahagian tubuh lelaki. Namun, Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.



Terdapat 14 kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita yang mengandung...

1. Apabila seorang wanita mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 Kejahatan.

2. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang wanita melahirkan anak, hilanglah segala dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, setiap tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan untuk ibu itu.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala sama seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat Solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat Solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus apabila berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus apabila beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada 1 uratnya, Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2-5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Sumber: SALAM

04/05/2015

Masa Mustajab Berdoa -Hadith Riwayat Muslim

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata: Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)). (Hadith Riwayat Muslim)


  1. Masa yang paling afdhal berdoa dan mustajab pada hari Jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat.
  2. Di antara syarat-syarat berdoa yang dimakbulkan oleh Allah ialah hati yang ikhlas, khusyuk dan bertawakal kepada Allah.


Sumber: Kitab Riyadhus Salihin