Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut iaitu syarat sah shalat:
1- Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2- Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan boleh membatalkan syarat sah shalat.
3- Gugur salah satu daripada syarat-syarat sah shalat. Antaranya:
- Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
- Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
- Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi tidak sempat menutupnya serta merta selama kadar tidak melebihi tempoh tumakninah atau tiga kali tasbih.
- Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
- Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
4- Berlaku kepincangan pada salah satu syarat sah shalat seperti dalam keadaan berikut:
- Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
- Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
- Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
- Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
- Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
- Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5- Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6- Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
7- Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
Semoga apa yang kita kongsikan di sini dapat kita amal dan sampaikan dan memlihara kita daripada syarat sah shalat.
Wallahuaklam.
EmoticonEmoticon