25/04/2016

Larangan Meninggalkan Solat Jumaat - Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.

(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith:

Orang yang sengaja meninggalkan sembahyang fardhu jumaat tanpa uzur akan ditutup oleh Allah SWT pintu hati mereka dari mudah menerima kebenaran dan kebaikan terhadap agama.

Di antara tanda orang yang bersifat munafik itu ialah mereka yang banyak berbuat maksiat dengan meninggalkan yang wajib dan berbuat yang haram.

Sumber: JAKIM



EmoticonEmoticon