15/05/2016

Tips untuk Khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan

Tidak terasa Ramadhan akan tiba lagi dan telah kita ketahui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan saham untuk kita melakukan amal buat kehidupan kita kelak di alam akhirat yang mana amal itulah yang menjadikan kita bahagia. InsyaAllah...


Ramadhan juga disebut sebagai Asshyarul Qur’an kerana Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Jadi salah satu amalan utama pada bulan suci ini adalah dengan membaca Al-Quran.

Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk saya dan anda khatam 30 Juzuk Al-Quran di bulan mulia, Ramadhan kelak. Tips ini saya guna sebagai seseorang yang bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 :00 - 17 :00. Jadi jika anda mengatakan bahawa anda tiada masa untuk diluangkan untuk membaca Al-Quran, semoga saya dapat membantu dengan tips-tips ini. Kadang-kadang orang tidak dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran kerana tidak berkeinginan untuk membaca Al-Quran.

Jadi, di sini terdapat tiga tips yang dapat kita buat pada bulan Ramadhan (Tips ini juga dapat diamalkan pada bulan lain juga) ini:


Target Khatam sebulan sekali
Setiap habis solat lima waktu baca sebanyak 2 helai (4 mukasurat) jika anda dapat membaca dengan lancar, ini dapat mengambil lebih kurang 5 hingga 7 minit sahaja. Tidak lama bukan? Dengan cara ini kita dapat menghabiskan 1 juzuk setiap hari kerana 1 juzuk kebanyakannya mempunyai 10 helai, maka jika dibahagikan dengan 5, anda akan menghabiskan 1 juzuk. Jika puasa genap 30 hari, maka anda khatam pada malam takbir. (Dinasihatkan anda mulakan 2 ke 3 hari awal sebelum Ramadhan tiba terutamanya para wanita yang uzur ketika bulan Ramadhan kelak.)

Target Khatam dua kali sebulan
Caranya lebih kurang sama dengan tips yang pertama, cuma jumlah helaian bacaannya dijadikan 4 helai. Ini akan memakan waktu sekitar 15 hingga 20 minit. Tapi, cara ini juga dapat digunakan juga. Setiap selesai solat Subuh, baca 1 juzuk Al-Quran dan selanjutnya gunakan tips yang pertama, iaitu 2 helai setiap Solat wajib yang seterusnya. Waktu buat 1 juz mengambil masa lebih kurang 1 jam. Untuk membaca 1 juzuk ini boleh juga dilakukan selepas solat Isyak ataupun sebelum tidur ATAU baca 5 helai sebelum Subuh dan 5 helai selepas Subuh.

Target khatam 3 kali sebulan
Tips ini gabungan cara pertama dan kedua, iaitu membaca 1 juzuk (5 helai sebelum Subuh dan 5 helai selepas Solat Subuh) dan menggunakan tips yang kedua iaitu 4 helai selepas Solat wajib ATAU 1 juzuk selepas Subuh, kemudian 2 helai setiap selesai Solat wajib dan 1 juzuk selepas Solat Isyak.

Ini sahaja tips yang dapat dikongsikan. Semoga anda semua mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah...

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan... 


1 comments so far

Halo Min,
Makasih ya. Infonya bermanfaat.

Salam kenal ya Min. Aku Mili.
Saling kunjung yuk ke Web / Blog aku.

Bisa kunjungi postingan terbaru aku :
- Tips Cara Khatamkan Al Quran Saat Ramadhan
- Tips Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan


EmoticonEmoticon