20/04/2016

Makruh bernafas di dalam Bekas Minuman - Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW melarang bernafas didalam cawan (bekas minuman).

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith:


Bernafas di dalam bekas minuman adalah makruh dan merupakan perbuatan yang kurang baik dan kurang sopan kerana dengan berbuat demikian boleh mencemarkan air minuman dan menjijikkan orang yang melihat.

Perbuatan ini juga tidak baik untuk kesihatan.

Larangan bernafas di dalam bekas minuman mempunyai beberapa hikmah diantaranya dapat menjaga kesihatan dan mencegah penyakit yang berjangkit.

Di dalam sesuatu perkara yang akan dilakukan hendaklah mengutamakan hukum daripada kedudukan seseorang.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin // JAKIM


EmoticonEmoticon