22/08/2015

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Ikan Salmon Memiliki GPS Tercanggih di Dunia

1) Penemuan baru menunjukkan ikan salmon Pasifik telah dibekalkan peta magnet sejak lahir. Tidak menghairankan jika ikan ini menetas di akuarium buatan manusia sekalipun, ikan salmon ini akan sentiasa bergerak mengikuti laluan yang telah menjadi kebiasaan nenek moyang mereka.
 
Ikan Salmon Memiliki GPS Tercanggih di Dunia

2) Penyelidik dari Oregon State University menyiarkan laporan tentang beratus-ratus anak ikan jenis Salmon Chinook dalam hubungannya dengan medan magnet di pusat penyelidikan penetasan Oregon. Ikan-ikan ini menunjukkan respon pada pergeseran medan magnet buatan dan kemudian ikan-ikan ini akan menuju ke kawasan sumber makanan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang BEKAM

1) Bekam adalah amalan perubatan Sunnah yang kian ditinggalkan oleh orang Islam.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang BEKAM

2) Banyak hadis2 yang menekankan pentingnya amalan perubatan Sunnah ini.

19/08/2015

Ujian Kepada Lelaki Adalah Wanita

1) Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. - Riwayat Bukhari dan Muslim.
 
Ujian Kepada Lelaki Adalah Wanita

Huraian Hadith:

2) Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.

3) Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.

4) Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.

5) Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Apakah Nikmat Yang Paling Baik di Dunia ini?

1) Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. - Riwayat Muslim.
 
Apakah Nikmat Yang Paling Baik di Dunia ini?

Huraian Hadith:

2) Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.

3) Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah.

4) Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Mas Kahwin Adalah Wajib Untuk Dibayar

1) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. - Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Mas Kahwin Adalah Wajib Untuk Dibayar

Huraian Hadith:

2) Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

3) Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.

4) Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Walahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

02/08/2015

8 Pesanan Ibu Kepada Anak Dara Yang Bakal Berkahwin

Diharap pesanan daripadaseorang  ibu ini akan sedikit-sebanyak dapat membantu sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga.

 8 Pesanan Ibu Kepada Anak Dara Yang Bakal Berkahwin

1. Suami itu lebih tinggi pangkatnya

Tak kira setinggi mana saya belajar atau setinggi mana pangkat saya, suami tetap lebih tinggi dalam segala hal.

2. Priority nombor 1 adalah untuk suami

Sesibuk mana pun saya, suami adalah number 1 priority. Anak-anak jatuh tempat kedua selepas suami.

3. Libatkan suami dalam membuat keputusan

Jangan sesekali buat keputusan tanpa keizinan suami. Kalau dia kecil hati, kita sebagai isteri dah jatuh derhaka.

4. Layan suami sebaiknya, kalau boleh macam raja

Sebab tiket terbesar nak masuk syurga ada pada dia. Kalau rasa susah, ingat dan niatkan apa yang kita buat itu adalah untuk kebahagiaan kita di akhirat kelak. Bukan semata-mata nak bahagiakan suami di dunia.

5. Didik diri untuk tak rasa sombong dengan apa yang kita dah buat untuk suami

Ingat semula betapa bertuahnya kita dipilih untuk bergelar isteri sedangkan ramai perempuan yang sampai ke hujung usia masih menunggu untuk dipinang. Kalau bukan kerana suami, kita tak dapat rasa bahagia berumah tangga, biarpun sekejap. Tak dapat rasa kebahagiaan mengandung dan melahirkan anak. jadi jangan ego dan sombong atas ehsan kita kepada suami.

6. Dalam rumah tangga suami memang pelindung tapi kekuatan suami adalah isteri

Jadi kalau isteri jenis yang lembik, sikit-sikit penat, sikit-sikit mengeluh, suami pun akan jadi lemah.

7. Jadi pendengar terbaik untuk suami

Sentiasa ambil tahu tentang hal-hal yang jadi sekeliling dia, apa yang dia minat dan sebagainya. Bila dia bercerita, kena dengar dan beri perhatian sebab kalau kita tak mendengar, memang akan ada spesis perempuan yang sudi untuk menghulur telinga.

Jadi kalau suami dah mula bercerita masalah seharian dia dekat perempuan lain, kita sepatutnya salahkan diri kita dulu sebelum menyalahkan perempuan tu. Kalau tengah tengok TV ke, memasak ke atau apa sahaja, bila suami bercerita atau bercakap MESTI berhenti buat semua itu.

Bagi tumpuan sepenuhnya dekat dia. Kalaupun ikan goreng kat dapur hangus, tidak mengapa. Asalkan perhatian kita pada suami

8. Jadikan masalah suami sebagai masalah kita

Sebab bila dah berumah tangga, bukan lagi cerita saya-awak tapi kita-kami. Bila sama-sama berkongsi masalah, sama-sama akan saling memahami dan membantu.

Wallahu'aklam.

Sumber: FB dan SirapLimau. com

Cara Menghilangkan Migrain Dalam Masa 3 Minit Sahaja

1) Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain. Amat sukar untuk melawan kesakitan ini kerana semua benda tidak jadi, walaupun cuma untuk melakukan tugas paling mudah.
 
Cara Menghilangkan Migrain Dalam Masa 3 Minit Sahaja

2) Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Dikatakan selepas beberapa ketika, badan kita tidak lagi bertindakbalas dengan ubat penahan sakit. Ubat tahan sakit tidak akan membantu lagi.

3) Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua  berikut:

Cara menghilangkan migrain

Bahan-bahan:
  • Sedikit kulit lemon
  • Jus perahan lemon
  • Garam Himalaya
Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.

Cara-cara:
  • Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk
  • Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya
  • Campur dalam segelas air
  • Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.
4) Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati migrain anda hilang.

5) Kami tidak janji petua ini menjadi, cuma tidak salah mencuba bukan? Kalau ada yang sudah mencuba dan menjadi, sila beritahu kami juga!

6) Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpatutan.

Wallahu'aklam.

Sumber: healthylifeland.com dan SirapLimau. com

01/08/2015

Kisah Ajaib Seorang Pemuda Islam Amerika

1) Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...
 
Kisah Ajaib Seorang Pemuda Islam Amerika

2) Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan...

3) Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut... 

4) Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

5) Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

6) Lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin...

7) MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...

8) Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

9) PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

10) Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

Jangan lupa untuk klik SHARE...

Wallahualam...

Sumber: FB Raja Shamri.

Kita Semua Berperanan Sebagai Pemimpin

1) Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya” - Riwayat: Bukhari dan Muslim.
 
Kita Semua Berperanan Sebagai Pemimpin

Huraian Hadith:
2) Setiap manusia diberi tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing.

3) Semua tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.

4) Islam mengajar umatnya supaya benar-benar beramanah dengan tanggungjawab mengikut lunas-lunas yang diharuskan.

5) Suami dan isteri adalah rakan kongsi dalam kehidupan rumahtangga, setiap daripada kedua-duanya wajib melaksanakan hak terhadap yang lain.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Dilarang Mengintip ke Rumah Orang

1) Sesiapa yang mengintip atau memandang di dalam rumah sesuatu kaum tanpa izin mereka maka sesungguhnya halallah bagi mereka mencungkil matanya. (Riwayat: Ahmad, Muslim, Abu Daud dan al-Baihaqi).

Jangan Mengintip

Huraian Hadith:
2) Allah mengingatkan dengan firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12).

3) Ayat ini bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan seseorang manusia. Namun seharusnya kita dapat membezakan dan memahami dengan jelas dan benar bahawa mengintip dan mencari rahsia walaupun hukum asalnya adalah haram tetapi ia dikecualikan dalam hal-hal tertentu yang diharuskan syarak.

4) Seperti penguat kuasa yang dibenarkan untuk membuat intipan khalwat sekiranya mendapat satu maklumat daripada sumber yang dipercayai.

5) Hal ini diharuskan kerana ia dilakukan untuk mengesahkan kes tersebut dan bagi mendapatkan bukti.

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.

Segala Yang Memabukkan Tetap Dilarang

1) Dari Abu Musa RA ia berkata: "Ya Rasulullah, saya tinggal di suatu daerah di mana orang membuat sebangsa minuman keras dari madu dan dinamakan mereka al-Bit'u dan sebangsa minuman keras lagi dari gamdum dan mereka namakan al-Mizru." Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang)!" - Riwayat: Bukhari.
 
Segala Yang Memabukkan Tetap Dilarang

Huraian Hadith:
2) Seorang muslim wajib mengikat setiap perbuatannya dengan hukum syara' sebagai membuktikan komitmennya terhadap agama. Pengharaman meminum arak adalah kerana kesannya yang memabukkan.

3) Oleh kerana itu apa saja yang mempunyai potensi yang memabukkan maka ia adalah haram. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin boleh bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.

4) Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan mati di dalam kekufuran.

5) Sebagaimana inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan RA seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, khalifah Uthman mengingatkan agar berhati-hati terhadap arak kerana ia adalah punca segala perbuatan keji dan mungkar.

6) Apabila seseorang itu mabuk dia akan sanggup berzina dan membunuh seperti kisah seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah di masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Disebabkan sudah jatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh oleh wanita itu memilih antara tiga perkara maksiat. Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengingatkan bahawa meminum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan, lelaki soleh itu terus memilih arak. Tetapi apa yang berlaku, dengan meminum arak yang memabukkan itu, dia ternyata telah melakukan dua kejahatan yang lain, iaitu berzina dan membunuh bayi di sisinya!

Wallahu'aklam.

Sumber: JAKIM.